Adakah anda berminat untuk menguji kemahiran IT dan cybersecurity anda? Sertai program Capture The Flag (CTF) yang akan menguji keupayaan anda dalam menyelesaikan cabaran dunia maya!
Apa yang perlu anda tahu?
Peserta perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum layak menyertai program ini.
Bengkel kemahiran IT dan cybersecurity akan diadakan secara atas talian selama 4 bulan.
Pusingan awal CTF akan dilaksanakan secara atas talian di mana peserta menyelesaikan cabaran yang diberikan berdasarkan pembelajaran di dalam bengkel selama 4 bulan
Peserta yang berjaya melepasi Peringkat Awal akan berpeluang untuk mewakili negeri masing-masing dan bertanding secara fizikal di Peringkat Akhir semasa Persidangan NADI 2025!
Syarat Penyertaan:-
berdaftar sebagai ahli NADI
berumur 17-21 tahun
bersikap komited dan mempunyai minat sepanjang program
mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang IT/Teknologi
Penyertaan adalah PERCUMA dan tempat adalah TERHAD!
Ini adalah peluang keemasan untuk mengasah kemahiran teknikal anda, belajar tentang dunia cybersecurity dan berpeluang untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi!
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program ini! Daftar segera dan bersiap sedia untuk cabaran yang mendebarkan!

