Utama

Bermula pada Jun 2026, NADI Kampung Masjid Ijok telah mengadakan sesi tontonan Kelas AI Untuk Rakyat yang disiarkan secara dalam talian (online). Program ini bertujuan memperkenalkan komuniti kepada Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) serta meningkatkan kefahaman mengenai penggunaan teknologi AI dalam kehidupan seharian, pembelajaran dan pekerjaan.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta telah mengikuti perkongsian mengenai asas teknologi AI, cara menggunakan pelbagai aplikasi AI secara beretika dan bertanggungjawab, serta kaedah memanfaatkan AI untuk membantu tugasan harian seperti menghasilkan dokumen, menyediakan bahan pembelajaran, mencipta kandungan digital dan meningkatkan produktiviti. Peserta juga didedahkan kepada kepentingan menggunakan AI secara bijak, selamat dan berintegriti.

Melalui penyertaan dalam program ini, NADI Kampung Masjid Ijok berharap komuniti setempat dapat meningkatkan literasi digital, memahami potensi teknologi AI, serta mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk tujuan pendidikan, pekerjaan, keusahawanan dan pembangunan diri seiring dengan perkembangan teknologi digital masa kini.

Program Bicara Klik Dengan Bijak – Berita Palsu Perosak Masyarakat

13 May 2022 Laporan Aktiviti

kunjung hormat   Tarikh : 7 Jun 2022 Masa :10:00 pagi -11:30 pagi Lokasi : PEDi KG MASJID IJOK Peserta : orang Tujuan    Program Kesedaran berkaitan Berita Palsu Perosak […]

Baca lanjut →

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

30 April 2022 Galeri Video

UCAPAN KHAS MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIAUCAPAN KHAS MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Baca lanjut →

Taklimat Ringkas Fungsi PEDi Kg Masjid Ijok

20 March 2022 Galeri Video

Taklimat Ringkas fungsi PEDi

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya