mcmc
PENGUMUMAN PENTING

Pelaksanaan Pembayaran Bil Dalam Talian Menerusi Portal ePerkhidmatan Pos Malaysia Berhad

📌 PENGUMUMAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN BIL MELALUI POS ONLINE @ Nadi Kampung Masjid Ijok

Dimaklumkan bahawa orang ramai kini boleh membuat pembayaran pelbagai jenis bil secara atas talian melalui perkhidmatan POS Online yang disediakan di NADI. Kemudahan ini bertujuan memudahkan urusan harian komuniti dengan ciri-ciri perkhidmatan yang pantas, selamat dan menjimatkan masa.

💼 Jenis bil yang diterima untuk pembayaran adalah seperti berikut:

-Bil Elektrik

-Bil Air

-Bil Telekomunikasi

-Bil Pihak Berkuasa Tempatan

-Zakat

-Pinjaman Pendidikan

Dan pelbagai jenis bil lain yang berkaitan

📍 Lokasi :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional – NADI Kampung Masjid Ijok

📞 Maklumat Lanjut:

https://wasap.my/01165608473/POSMALAYSIA

🌐 Untuk maklumat lanjut berkaitan transaksi atas talian, sila layari: www.posonline.com.my